Nama-nama Baitulmaqdis
Nama-nama Baitulmaqdis

Nama-nama Baitulmaqdis

Tahun Masihi
Nama-nama Baitulmaqdis atau nama-nama Jerusalem merujuk kepada pelbagai nama bagi kota lama Baitulmaqdis yang dikenali dan mengikut etomologi perkataan dalam pelbagai bahasa. Menurut kitab Midrash Yahudi, "Jerusalem mempunyai 70 nama".[1] Senarai-senarai telah dikumpulkan menjadi 72 nama Ibrani yang berbeza untuk Baitulmaqdis dalam teks-teks lama Yahudi.[2]Hari ini, ia digelar sebagai Jerusalem, Yerushalayim (Ibrani: יְרוּשָׁלַיִםcode: he is deprecated ) dan Al-Quds (Arab: اَلْـقُـدْسcode: ar is deprecated ). Yerushalayim ialah diambil dari nama lama, yang dirakamkan seawal Zaman Gangsa Pertengahan, yang kemudiannya diulang-ulang sebut dalam etimologi rakyat, terutama dalam Yunani Bible, di mana elemen pertama nama tersebut berkait dengan perkataa Yunani: ἱερόςcode: el is deprecated (hieros, "suci"). Kota ini juga dikenali, terutamanya dalam kalangan Muslim, sebagai Baitulmaqdis (Arab: بَـيْـت الْـمَـقْـدِس, rumi: Bayt al-Maqdis, lit. 'Rumah Suci'code: ar is deprecated ), merujuk kepada masjid ketiga agung, Masjid al-Aqsa yang terdapat di sana, dan di sisi Yahudi, digelar Kuil Suci (Ibrani: בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ‎, rumi: Beit HaMikdashcode: he is deprecated ).[3]